Friday, November 26, 2010

JAWAPAN ALLAH!!



ADAKAH AKU SUDAH DIKIRA BERIMAN ?

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji?
Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka,
maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta.

-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

 
 KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
 
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh
jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah
mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."

-Surah Al-Baqarah ayat 216
 
 KENAPA SUSAH SANGAT UJIAN INI?
 
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."

 -Surah Al-Baqarah ayat 286
 
 RASA FRUST? TENSION? LEMAH SEMANGAT?
 
"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu
bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."

- Surah Al-Imran ayat 139
 
 BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
 
 "Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu
(menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang
berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran
musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu  berjaya (mencapai kemenangan)."

-Surah Al-Imran ayat 200
 
 "Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan
sabar dan  mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang
itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"

 -Surah Al-Baqarah ayat 45
 
 APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
 
 "Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu'min,
diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ..

-Surah At-Taubah ayat 111
 
 KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
 
 "Cukuplah ! Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain
drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."

 -Surah At-Taubah ayat 129
 
 ARGHHH AKU TAK TAHAN!!! AKU DAH BOSAN!!

"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah.
Sesungguhnya tiada  berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."

-Surah Yusuf ayat 12

 RENUNG DAN REDHALAH TERHADAP KETENTUAN ALLAH.

No comments:

Post a Comment